ayat cinta saya kepada awak :')

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

maggi oh maggi



assalamualaikum dan salam sejahtera.
nampak title itu?
maggi?? pernah makan? menipu kalau korang tak pernah makan. aku suka maggi kari. ohseeemm!! yeay bebeh.
hari ni kalau tak silap dua ke tiga entah aku makan this maggi.
sangat sangat sangat sangat sangat sangat sedap!

tadikan aku bengang gila ngan muhammad faris.
nak tahu kenape??
|
|
|
|
|
|
|
|

sebabnya dia ni humble sangat.
what's humble?
do you dont know??
so sad.
MERENDAH DIRI<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<< aikk. merendah diri pun bengang jgak?? pelik2 lah minah ni sorang. seriously aku tak suka dia macam itu. sangat sangat sangat tak suka. eiii. whatever. ecehh bajet pulak eden ni :3 hohoho

Apabila mak si dia berfacebook :)


assalamualaikum
peace ^_^Y

kes ini telah terjadi kat aku. yeayy. memang suka aku :P
haha, lebih-lebih lagi bila mak si dia add aku. okfine.
gua kecut kut takut mak dia marah -.-

comeyy n cantik mak dia kan?
nak bodek sebenarnya ni :P haha


haa bace tu. berapa eh? haha.
aku hanya mampu like dan saya takut untuk mengcomment :D
makcik jangan marah yaa? saya akan jaga 'aaron aziz' ni baik baik ye.

Rahsia personaliti diri mengikut bulan lahir



JANUARI
Bercita-cita tinggi, serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang, suka mengkritik, rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas, teratur, bersifat sensitif, berfikiran mendalam, pandai mengambil hati orang lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tapi tak pandai mempamerkannya, cukup sayang pada kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cukup cemburu yang sangat tinggi.


FEBRUARI
Berfikiran abstrak, sukakan benda yang realiti dan abstrak, intelligent, bijak, genius, berpersonaliti yang mudah berubah, mudah menawan orang lain, agak pendiam, pemalu, rendah diri, jujur, setia pada segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yang lasak, emosinya mudah terluka dan sangat sensitif, mudah mempamerkan marahnya, tidak suka benda yang remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, berscita-cita tinggi, suka berangan, ada harapan untuk merealisasikan impiannya, pemerhatian yang tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yang bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran, berkecenderungan pada benda yang tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamerkan emosi.


MAC
Berpersonaliti yang menawan dan menarik, mudah didampingi, sangat pemalu, pemendam rasa, sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah, mudah simpati, sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sangat peka kepada orang lain, sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam, kecenderungan untuk berdendam kalau tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi, kelam-kabut dalam memilih pasangan, suka dengan hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalam muzik, kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody.


APRIL
Sangat aktif and dinamik, cepat bertindah buat keputusan tapi cepat menyesal, sangat menarik dan sangat manjakan diri, punya daya mental yang sangat kuat, suka diberi perhatian, sangat diplomatik (pandai memujuk), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang, sangat berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan-santun dan pemurah, emosi cepat terusik, try control the emotion, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam-kabut untuk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yang sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain, berpenyakit di sekitar kepala dan dada, sangat cemburu dan terlalu cemburu.


MEI
Kekerasan hati dan degil, kuat semangat dan bermotivasi tinggi, pemikiran yang tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian, perasaan yang amat mendalam, cantik dari segi mental dan fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan, kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu, bahagian telinga dah leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yang tinggi, pemikiran yang tajam, pandai berdebat, fizikal yang baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera, seni dan muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk di rumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros.


JUN
Berfikiran jauh dan berwawasan, mudah ditawan kerana sikap baik, bersikap terus-terang, berperangai yang lemah-lembut, mudah berubah, sikap, perangai, idea dan mood, idea yang terlalu banyak di kepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dengan segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik, cepat marah dan cepat sejuk, berani dan tiada perasaan takut, suka bercakap dan berdebat, pandai menawan dan memukau, suka buat lawak dan bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan dan pandai berkawan, orang yang sangat tertib dan tulus, pandai mempamerkan sikap, mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas dan bergaya, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih dan cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yang tidak terkawal, sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi sesiapa yang menegur saya adalah kawan saya.


JULAI
Sangat seronok didamping, banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, agak pendiam kecuali diransang, ada harga dan maruah diri, tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan, mudah dipujuk dan bercakap lurus, sangat menjaga hati orang lain, sangat peramah, emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya, berjiwa sentimental, jarang berdendam, mudah memaafkan tapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, membimbing cara fizikal dan mental, sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yang serupa dengan semua orang, tinggi daya simpati, pemerhatian yang tajam, suka menilai orang lain dengan pemerhatian, mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk di rumah, suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa, lemah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk kalau tak kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja.


OGOS
Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan-santun dan caring terhadap orang lain, berani dah tidak tahu takut, orangnya agak tegas dan bersifat kepimpinan, pandai pujuk orang lain, terlalu pemurah dan bersikap ego, nilai harga diri yang sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yang luarbiasa, cepat marah dan mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yang tajam dan teliti, cepat berfikir, fikiran yang berdikari, suka memimpin dan dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit, belajar untuk relax, sikap kelam-kabut, romantik, pengasih, penyayang, suka mencari kawan.


SEPTEMBER
Sangat bersopan-santun dan bertolak-ansur, sangat cermat, teliti dan teratur, suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik, pendiam tapi pandai bercakap, sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati, sangat perihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur, kerja yang dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yang tidak diketahui, orang yang banyak berfikir, daya pentaakulan yang baik, otak bijak dan mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia, suka sukan, hiburan dan melancong, kurang menunjukkan perasaannya, terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan, sukakan benda yang luas, bersistematik.


OKTOBER
Suka sembang, suka orang yang sayang padanya, suka ambil jalan tengah, sangat menawan dan sopan-santun, kecantikan luar dan dalam, tidak pandai berbohong dan berpura-pura, mudah rasa simpati, baik, pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah, macam pentingkan diri sendiri, tidak menolong orang kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan orang lain, emosi yang mudah terusik, suka berangan dan pandai bercakap, emosi yang kelam-kabut, daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong, bidang sastera dan seni, pengasih, penyayang dan lemah-lembut, romantik dalam percintaan, mudah terusik hati dan cemburu, ambil berat tentang orang lain, suka kegiatan luar, orang yang adil, boros dan mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat.


NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara, sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran ke hadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa, pemikiran yang tajam, daya firasat yang sangat halus dan tinggi, bagus untuk jadi doktor, cermat dan teliti, personaliti dinamik, sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tapi mesra, berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak diusahakan sehingga berjaya, tak suka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari orang lain, otak yang sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi, apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yang tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dengan hubungan kasih sayang, suka duduk di rumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur, setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.


DISEMBER
Sangat setia dan pemurah, bersifat patriotik, sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, bercita-cita tinggi, bercita-cita tinggi, suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi, seronok didampingi, suka bercampur dengan orang, suka dipuji, diberi perhatian, dan suka dibelai, sangat jujur, amanah dan bertolak-ansur, tidak pandai berpura-pura, cepat marah, perangai yang berubah-ubah, tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, benci pada kongkongan, suka berlawak, pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik.

cerita kelakar :D


Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..
--------------------------------------------------------------------------------------

Ade la sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

----------------------------------------------------------------------------------------

Seorang posmen yang datang menghantar surat .
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”

----------------------------------------------------------------------------------------

Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

--------------------------------------------------------------------------------------------

#maaf. cerita kelakar sampai disini sahaja.
assalamualaikum :)

my super friends

ABOUT ME :D




~~NOORUL 'AFIFAH NASUHA
~~FOURTEEN
~~MY ORIGINAL BLOG
~~SMK CHERAS JAYA
~~PERMALU
~~SEDIKIT MERMILIH :D
~~22/10/98
~~TAK BAIK TAK JAHAT
~~SUKA JALAN DARIPADA MELEPAK
~~DAH NAMPAK, RAJIN2 LAH MENEGUR :)
SENTIASA ADA DI
~~BERKASIH SAYANG DENGAN MUHAMMAD FARIS :*




I can get coffee no milk ...

Night without lights ..

Bread without honey ..

Burger no cheese ..

But .. I can not accept that ..

quiet at no SMS from U..

kampung oh kampung




ehem2 test test test.
assalamualaikum stalkers :)
harini aku balik kampung. terpakse tinggal kan si dia kesepian.
ecehh ksangt gedik tahap cucu cicit hangpa semua.
ehh ayat serupa keling mamak india.
lahh. aku ni kenapa?
sewel+gila!!
kampung ite kat terengganu. jauh tak jauh tak?
dan, dalam kereta mesti pening sampai tercirit-cirit. euwww pengotor -.-
ok nanti2 kita post lagi yaa.
kbye.
assalamualaikum.
peace :)

entry kali ini sedih :'(




assalamualaikum n hai.
entry kali ini aku mahu jiwang sikit ya :3
-----------------------------------------------------------------------------------------------
saya bukan halau awak, tapi saya taknak awak rayu saya.
saya takut saya akan sakitkan hati awak.
saya dah mula rasa kehilangan.
knp awak dah tak contact saya em?
saya taknak awak menjauhi saya. seriously awak :'(
awak, saya mahu kawan dengan awak!!
-----------------------------------------------------------------------------------------------
takpe lah wak. saya tahu saya sape dekat awak.
ok bye :'(

puasa ;)

assalamualaikum ;)
ite puasa harini. baguskan? puasa ganti lah. alah biase lah perempuan kan. lalalala. laporr lah. nak ite tunjuk gambar makanan? korang cari lah. ite malas. nanti ite laporr.
kbye :)

puasa

saya suka saya suka!

assalamualaikum :)
semalam kita balik ngan pendek. seriously aku cakap dia omeyy~~ ecehh. sweet kan kan?
kami hanya KAWAN
kan kan?
btw, dia suka smile sebab tu nampak lah kecomelan dia tu.
ecehhh bangga lah tu kan?

------------------------------------------------------------------------------------------
nanti akan aku cuba mengayat hati dia . ouh sayang :3 ecehh.
------------------------------------------------------------------------------------------
alhamdulilah aktiviti mengayat dia berjaya dan he is mine.
iloveyoubaby :* muah sikit
si sepet dah jadi milik aku. hahaha
ya allah gembira nya aku wehh. hahaha

zoo negara :)

assalamualaikum. ni semalam punye cerita. sebabnye penat sangat sampai nak menghadap laptop pun tak boleh. semalam kami ke zoo <3 seriously? yes. so, sesampai si zoo, kami di bahagikan beberapa kumpulan. sebaik aku berkumpulan dengan kawan2 ku <3 ecehh. bersih kan ape? mula tu kena sapu2 jalan. lepas tu kami kena bagi tapir makan dan aku kena bersihkan tempat tapir bersendirian. ishh. dah habis tu, aku cari diaorang. em mana korang :'( adelah seorang cikgu ni nampak aku sorang2. dia tanye, mana semua? aku cakap tak tahu. kami pun carilah diaorang. rupa2nye diaorang tengah bersihkan tempat beruang. errrrrrr. huh takpe2. bukan terlepas pun. banyak yang kami buat di situ, mandikan dia. cuci tempat dia.

lepas tu rehat..........
ape lagi, tangkap gambar sakan lah kan.
ni adelah partner aku. ade lagi sorang nama dia iza. cuma alah dia tak suka tangkap gambar :)
lepas berehat tu kan,
kami bersama ke kandang .... tak tahu.
euwww, muka tu :)
ni buat kerja ke posing maut? ecehh. kbye
hai. ehem2, cantik? ecehh. tahu lah awak punya blog lagi cantik kan :/ takpe2. kita tak kisah pun. btw, aku saja nak guna template macam ni. kbye